KUCHING: Seramai 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Feb lepas, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.
"Daripada kajian yang dijalankan 73 peratus bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Kursus Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Zon Sabah dan Sarawak tahun 2024 di sini, semalam.
Rusdi berkata antara faktor utama yang membuat mangsa dipengaruhi dan diperdayakan untuk bekerja di luar negara iaitu faktor tarikan tawaran gaji lumayan serta mangsa yang hilang punca pendapatan.
"Mengikut trend semasa, mangsa-mangsa ini terpengaruh dan diperdaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di laman sosial contohnya seperti Facebook," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Rusdi berkata, mengikut trend semasa, mangsa-mangsa terpengaruh dan diperdaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di laman sosial contohnya seperti Facebook. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
326 mangsa penipuan pekerjaan luar negara diselamatkan
Rusdi berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.
Penduduk Labuan rugi lebih RM200,000 penipuan dalam talian tawaran kerja
Bahagian Jenayah Komersil Labuan menerima 15 laporan polis berhubung penipuan sedemikian sejak awal bulan ini.
Kenakan tindakan tegas terhadap syarikat gagal sediakan pekerjaan untuk buruh asing - Johari
Terdapat kemungkinan bahawa sesetengah syarikat memohon kuota pekerja asing tanpa mempunyai sebarang pekerjaan.
Waspada penipuan pekerjaan, semak kesahihan syarikat - KSM
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan tawaran pekerjaan terutama yang menjanjikan gaji lumayan di luar negara.
Penyelia rugi lebih RM90,000 ditipu sindiket tawaran kerja
Mangsa menerima pesanan aplikasi WhatsApp dari sebuah syarikat yang menawarkan pekerjaan dan dijanjikan pulangan serta komisen segera.
Dua agensi pekerjaan terlibat penipuan tawaran kerja di luar negara
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil penguatkuasaan polis, lapan individu daripada dua syarikat terbabit telah ditahan.
85 peratus graduan UiTM ditawar bekerja selepas 6 bulan tamat pengajian
Sekitar 85 peratus graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapatkan tawaran pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, kata Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Janor.
261 mangsa sindiket penipuan kerja telah dibawa pulang
Jumlah itu melibatkan 171 orang mangsa yang telah dibawa balik dan baki seramai 90 orang masih menunggu proses penghantaran pulang.
Kerajaan pergiat usaha selamatkan mangsa penipuan kerja di luar negara
Kerajaan akan terus mempergiat usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air.
24 rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja diselamatkan
Seramai 24 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Phnom Penh, Kemboja berjaya diselamatkan dan kembali ke tanah air hari ini.